Pengalaman yang dihargai

Saya bekerja dengan Sister Gembala Baik di Asrama Gereja St James Tenghilan pada tahun 1995 yang ketika itu di kendalikan oleh Komiti Asrama dan Gereja St. James dengan kerjasama Sister Gembala Baik. Melalui pengalaman menjaga pelajar perempuan di Asrama Gereja, saya menyedari bahawa saya menyukai pekerjaan yang sedang saya lakukan.

Saya pernah bekerja diluar dan bertukar pekerja beberapa kali tetapi tiada satupun yang saya rasakan memuaskan hati saya. Sepanjang saya bekerja di luar saya merasakan sesuatu yang tidak lengkap dan tercari-cari sesuatu yang tidak saya ketahui. Pada 2005, saya kembali kepada Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) sebagai sukarelawan dalam Program Kanak-kanak dan sehingga sekarang saya masih melayani kanak-kanak.

Sepanjang penglibatan saya dalam PKGS di Asrama Desa Pukak, saya bukan hanya mendidik anak-anak yang saya temui tetapi pada masa yang sama keperibadian saya di bentuk, kerana setiap nilai yang mahu saya terapkan kepada kanak- kanak harus saya praktikkan. Saya juga lebih menghargai keberadaan diri saya, keluarga dan masyarakat yang sebelum ini saya kurang hargai.

Saya akan terus melatih diri saya dalam mempraktikkan nilai ‘Satu jiwa lebih berharga daripada seluruh dunia’ kerana nilai ini telah banyak membentuk dan mengubah keperibadian saya ke arah seorang yang peduli akan orang lain serta memperbaiki hubungan saya dengan sesama dan Tuhan.

Melalui pengalaman bekerja dengan PKGS di Asrama Desa Pukak, saya melihat masih banyak anak-anak di kawasan pedalaman yang perlu dijangkau tetapi tidak terjangkau, seperti yang Yesus katakan bahawa ’tuaian memang banyak tetapi penuai hanya sedikit’. Semoga pada masa yang akan datang lebih ramai lagi orang yang akan ambil bahagian dalam PKGS agar semua tuaian itu dapat di tuai tepat pada saatnya.

By Dora Lansan, Program Officer